Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 15 Disember 2012

Yang terkesan di mata dan berbekas di hati.....

Sepanjang perjalanan musafir kami sekeluarga, banyak pemandangan dan perkara yang terkesan di hati. Musafir kami bermula pada pagi Sabtu (8/12/2012) dan bertolak pulang pada hari Rabu (5/12/2012). Destinasi pertama kami ialah Taiping. Menginap di rumah tamu Sekolah Tunas Bakti selama 2 malam. Terima Kasih untuk anak saudara suamiku, Wan Nurhafiza Wan Azmi.


Sampai di Taiping petang yang disambut dengan hujan renyai-renyai. Makan tengahari di rumah k. Ja. Hampir maghrib, baru kami berjalan mengelilingi taman tasik. Tak dapat nak menyimpan memori itu dalam gambar sebab hari malam dan hujan. Hanya simpan di hati saja.
Hari kedua, anak-anak bangun awal dan bersiap pagi-pagi lagi. Al maklum nak berhibur ke Taman Tema  Bukit Merah. Selepas sarapan di gerai bukit doramen, kamipun menuju ke bukit merah. Ikut jalan biasa. Jalan 2 lorong, cantik dan tak banyak kereta. Tak rugi tak ikut lebuh raya. Cuma 20 minit dari Taiping.
Sampai di Bukit Merah, dah ramai yang beratur beli tiket masuk. Aishah dah basah lenjun, main air pancut di luar sambil beraksi untuk tangkap gambar. Beli tiket untuk taman air dan chairlift. Chairlift hanya untuk orang yang tak gayat saja.  Di dalam, kolam yang besar ada 4. Sewa pelampung yg besar untuk menambahkan keseronokan. Semua masuk air kecuali abuya, k.Ja dan Din. Sayangnya mainan lain tak ada, semuanya mainan di kolam saja. 3 jam main air tak terasa perut keroncongan. Tukar baju, naik chairlift pulak. Merentasi kolam-kolam di bawah. Baru nampak ada kolam yang tak sampai lagi. Pemandangan yang indah. Melihat taman air dari atas dan pemandangan tasik merah dari jauh.





Keluar dari bukit merah, cari kedai makan. Alhamdulillah jumpa kedai di tepi jalan dan sebelahnya ada surau. Selesai mengisi perut dan menunaikan solat, menuju ke Kuala Gula. Kawasan paya bakau yang mendamaikan. Ada chalet di situ. Sepatutnya ada burung helang tapi tak kelihatan pulak. Ada yang memancing di situ. Memang tempat yang cantik untuk memancing dan hilangkan tension.Pulang dari situ ingatkan nak berposing di taman tasik. Malangnya hujan lebat.



Hari ketiga, setelah ala kadar di rumah tamu, kamipun bermusafir kembali. Kali ini menuju ke Pulau Pinang. TErima kasih pada GPS. Memudahkan perjalanan musafir kami. Sebelum itu, kami sempat berkunjung ke rumah kawan lama xIAIN di Kamunting.  Perjalanan kami diteruskan merentasi jambatan Pulau Pinang menuju ke Bukit Bendera. Pengalaman yang rasanya takkan lupa sampai bila-bila. Dan rasanya anak-anakpun takkan minta untuk ke Bukit Bendera lagi. Keghairahan nak naik keretapi bukit bendera, terpaksa dibayar dengan kesabaran yang tinggi. Menunggu lebih 1 jam untuk naik dan begitu juga waktu turun. Nasib baik tak ada yang meragam perut. Bila keretapi tiba di depan mata, lega di hati dan dapat duduk yang selesa. Namun kesian nenek keturunan cina bersama keluarganya masuk. Meminta anakanda Muiz bangun untuk melapangkan ruang. Tak apalah, berbuat baik tak mengira kaum. Lagipun Muizpun ingin melihat di luar. Sampai di atas, memang mengagumkan. Cuma, terhalang dengan kabus. Sepanjang kami di situ, hujan turun renyai-renyai. Perut mula keroncongan. Nasib baik bawa sekali biskut wafer dan air. Di atas, tiada aktiviti yang dapat dibuat. Hanya bersiar-siar mengambil angin yang segar. Turun dari bukit bendera juga menuntut kesabaran yang tinggi. Masa masuk  tren, tempat duduk dah penuh. Seorang wanita cina tersenyum, lalu memberi ruang untuk duduk. Maha Suci Allah, kebaikan yg baru dilakukan tadi, Allah balas segera. Alhamdulillah,





Bila masuk ke kereta, jam lebihkurang jam 3 petang. Masa untuk cari tempat tidur. TErima kasih lagi GPS dan kawan yang mengesyorkan Anggerik Lodge. Memang ikut budget dan berada di tempat Melayu. Mudah nak cari makan dan tak kekok dengan persekitaran. Nasib baik masih lagi bilik kosong walaupun kami check in jam 6 petang. Memang rezeki kami. Siap check in, terus cari nasi untuk mengisi perut yang dah lama sabar untuk diisi.
Hari keempat, Sarapan dengan roti dan roti jala yang dibeli semalam. Memang tak cukup. Tak pa, alas perut dulu. Bersiap-siap menuju ke Akuarium Pulau Pinang. Sampai di situ jam 9 pagi, Tak buka lagi. Jalan-jalan dan posing dulu. Sempat juga sarapan keutiow di kantinnya. Jam 10, baru boleh masuk - percuma je..... Banyak ikan-ikan yang baru tahu namanya. Dan terutama sekali untuk anak-anak belajar. Setelah selesai melihat ikan-ikan serta penyu, kami teruskan destinasi berikutnya- Kedah.





Lihat GPS bagi lokasi yang menarik. Tree Top walk di Sedim Kulim. Entah di mana, kamipun tak tahu. Tapi kerana inginkan pengalaman, kami teruskan musafir ke Sedim. Perjalanan dari Pulau Pinang hanya lebih kurang 1 jam setengah. Kami meredah hutan, kampung, kawasan industri di Kulim dan masuk kawasan perkelahan. Sampai di destinasi, hujan renyai. Kalau tak masuk rugi pulak. Pengalaman yang menarik meniti jambatan besi, merentangi pokok-pokok setinggi 16 meter di atas aras laut. Boleh pegang pucuk daun kelapa. Banyak jenis pokok hutan yang boleh dikenali dan dipelajari. Sayangnya separuh perjalanan, hujan mula lebat. Lebih kepada acara cepat-cepat sampai ke tempat masuk tadi. Perjalanan 1 pusingan lebihkurang 1 km. Alhamdulillah, semua selamat meniti jambatan besi. Hilang gayat abuya!
Abis menjelajah di hutan, nak ke mana pulak. Lihat GPS. Yang menarik, Gunung Jerai resort. Tapi, dalam perjalanan hujan bertambah lebat. Akhirnya kami tukar haluan ke Alor Setar. Boleh juga berjumpa dengan kawan lama x IAIN dulu. Bermalam di Sweet Stay Hotel di Tandop.Malamnya, berkunjung ke rumah teman lama di tandop, tak jauh dari hotel kami nginap.



Hari ke lima, Awal pagi dah bangun dan bersiap. Ingat pesan kawan semalam, kalau nak ke Pekan rabu, sebelum pukul 9 mudah dapat parking. Selesai sarapan, kamipun menuju ke Alor Setar. Alhamdullilah mudah dapat parking. Pusing-pusing pekan rabu macam pasar siti khadijah di kb.  Belilah tudung 2 helai. Untuk anak2, keychain dan pencil box sorang satu. Abang-abang nak wallet. Layanlah anak-anak buat kenangan. Sememangnya baru kali ini membeli. Sebelum ini hanya menikmati keindahan alam. Sehabis membeli-belah kuah rojak, jeruk dan makanan ringan, perjalanan diteruskan. Kali ini ke Ladang Anggur di Tasik Beris Sik. Sampai di Tasik Beris, indah sekali ciptaan Allah. Sayang sekali, buah anggurnya tiada. Gantinya, Minum air anggur dan karipap inti kentang + anggur. Anak2 suka sangat sebab ada playground. Elok juga tak ganggu nak mengambil gambar keindahan di situ. Tak lama di situ. Hilang penat, kamipun mulakan perjalanan ke TAnah Merah Kelantan untuk mengakhiri musafir kami kali ini.





Alhamdulillah, musafir kami selamat tiba di rumah. Banyak pengalaman yang tak mampu diluahkan dengan perkataan. Apapun musafir kami kali ini mudah-mudahan mengeratkan lagi kasihsayang keluarga besar kami dan dengan orang sekeliling kami. Semoga musafir kami ini diberkati Allah swt dan mendapat ganjaran pahala.