Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 6 Disember 2014

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BADAN PENGHAYATAN ISLAM 2014

Program Sepanjang tahun 2014 yang dianjurkan dengan kerjasama  PanitiaPendidikan Islam dan Badan Penghayatan Islam, SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Batu Gajah TAnah Merah Kelantan.

1. Program Ihya' Ramadhan yang diadakan selama sebulan. Antara pengisiannya ialah :

a) Pelancaran Program Ihya' Ramadhan dan Ceramah Di Ambang Ramadhan yang disampaikan 
oleh Ustaz Zawawi, pengawai JQAF daripada PPD Tanah Merah



b) Penyampaian wang derma dan wang zakat kepada pelajar yang kurang kemampuan.
Biasanya derma dan zakat dikutip dari kalangan warga sekolah. Tapi tahun ini agak bertuah kerana turut menerima zakat Bank Rakyat. Terima kasih daun keladi diucapkan. Pegawainya turut sama dalam majlis penyampaian tersebut.







c) Pertandingan nasyid, kuiz spontan selepas ceramah (gambar pertandingan tidak dapat disiarkan atas kesilapan teknikal, hanya ada hakim nasyid aje.
d) Pemilihan tokoh mithali di kalangan pelajar lelaki dan perempuan agar dapat dicontohi oleh pelajar lain. Tokoh Pelajar Mithali dipilih berdasarkan prestasi akademik, sahsiah diri, kepimpinan dan kegiatan ko kurilum.


2. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Alhamdulillah tahun ini, makanan utama iaitu nasi minyak disponsor oleh pihak sekolah. Meja untuk setiap tingkatan hanya menyediakan makanan sampingan sahaja.




3. Kempen Save Gaza dengan menjemput aktivitis Save Gaza menyampaikan ceramah untuk memberi kesedaran tentang penderitaan dan penindasan yang dialami oleh masyarakat Islam di Gaza dan Syria yang wajib dibantu. Tabung derma diedarkan. Alhamdulillah jumlah derma daripada guru dan pelajar, 
mencecah RM 500.


4. Program Celik Pendidikan Islam PT3 oleh ustaz daripada Smk Kemahang. Membuka minda dan memberi pencerahan bagi para pelajar tentang format baru pendidikan Islam. 






5. Ceramah setiap kali sambutan Hari Kebesaran Islam.

6. Kem Cakna Solat.

Tirai persekolahan 2014 telah melabuhkan diri. Alhamdulillah program yang dirancang berjalan lancar. Terima kasih atas kerjasama kepada pihak pentadbir terutama Tuan Pengetua HJ.SHAARI, walaupun baru tahun 2014 menjawat jawatan pengetua di sekolah ini. Tak lupa pada rakan-rakan sejawatan, rakan-rakan guru, semua pelajar SMKTSMY, ajk PIBG dan paling besar tugasnya melancarkan perjalanan program ialah para pekerja kebersihan sekolah.Semoga usaha kita yang sedikit ini dapat membuahkan hasil yang banyak di akhirat kelak. Insya Allah.