Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Khamis, 16 Oktober 2014

KALENDAR CUTI UMUM DAN SEKOLAH 2015

Untuk merancang percutian mahupun aktiviti lain perkara utama yang diperlukan adalah kalendar tahunan bagi mengetahui senarai cuti umum di Malaysia

Manakala untuk cuti persekolahan atau cuti semester perlu merujuk kepada takwim atau perincian persekolahan tahun 2015 mengikut penggal yang akan dikeluarkan pihak bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kalendar Tahun 2015 Malaysia
malaysia calendar 2015
Senarai Perincian Cuti Tahun 2015
kalender terkini 2015 3

KALENDER TAKWIM TARIKH CUTI SEKOLAH 2015 DAN JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN SELURUH NEGERI

Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi sesi tahun 2015 dan kebiasaannya akan dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my pada bulan oktober 2014
Takwim tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia

Info Selingan : Tahukah Anda
Hari Keputeraan Sultan Kedah (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) iaitu Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah adalah pada 28 November 1927
Bagaimanapun, Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara adalah setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, ia tidak mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/kalender-cuti-umum-2015-dan-takwim-sekolah-malaysia.html#ixzz3GGgd6pQC

CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN


Perincian ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu KUMPULAN A dan KUMPULAN B

cuti sekolah 2015
Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Cuti Pertengahan Penggal 113 Mac hingga 21 Mac
Cuti Pertengahan Tahun29 Mei hingga 13 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 2 18 September hingga 26 September
Cuti Akhir tahun20 November hingga 2 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85

cuti sekolah malaysia 2015
Kumpulan B : Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Cuti Pertengahan Penggal 114 Mac hingga 22 Mac
Cuti Pertengahan Tahun30 Mei hingga 14 Jun
Cuti Pertengahan Penggal 2 19 September hingga 27 September
Cuti Akhir tahun21 November hingga 3 Januari 2016
Jumlah Hari Cuti Penggal : 85


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/cuti-sekolah-2015-kalendar-takwim-penggal-persekolahan.html#ixzz3GGiRii7z

Jumaat, 10 Oktober 2014

10 SEBAB GAJET (TERMASUK TV) DILARANG UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN

Gajet adalah segala peralatan elektronik yang boleh melalaikan penggunanya termasuklah kanak-kanak. Jika anda sayangkan anak-anak anda, JANGAN SEKALI-KALI MEMBERI GUNA HP ATAU LAP TOP. Biarkan mereka menangis sekarang daripada kita menangis kemudian. Akibat kesan buruk yang bakal menjangkiti mereka.

Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.

Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.

Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-

1. Perkembangan otak

Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).

2. Perkembangan fizikal terbantut

Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).

3. Obesiti Epidemik

Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).

4. Kurang tidur

60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).

5. Penyakit mental

Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).

6. Keagresifan

Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.

7. Demensia Digital

Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.

8. Ketagihan

Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).

9. Pengeluaran radiasi

Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).

10. Tidak dapat dikekalkan

Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.

credit to inibl0gberita.

Jumaat, 3 Oktober 2014

NASI AYAM SIMPLE N SEDAP!!!!!!!

Memasak n blogging kembali dalam jadual harian bila mula cuti sekolah walaupun hanya cuti hari raya aidil adha 2014. Tengahari ni redup n nyaman sebab Semalam hujan turun lebat tanpa henti. Terima kasih kepada fb Memasak Dalam 30 minit yang memberi idea. Jom lihat menu tengahari Jumaat yang syahdu ni......

Nasi Ayam




Lauk Ayam:
1 ekor ayam
1/2 inci Halia
2 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah

Bahan perap:
Kicap cair
Kicap manis
Madu           }  tak letak sebab

sos tiram      }  tak de kat dapur
Minyak bijan}

cara :
1. Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

2. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

3. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.

Nasi Ayam:
Mentega - tukar kepada minyak biasa
2 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1/3 inci Halia
2 helai daun pandan (koyak dan simpul)
1 helai daun salam (bay leave) - tak guna
Susu full cream - tak guna
Serbuk ayam - tak guna
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

cara :
1. Basuh 4 cawan beras wangi (guna beras siam), tos dan letak dalam rice cooker.

2. Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.

3. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

4. Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

cara : 

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah Sup
Jeruk kubis (x letak)
Garam
Serbuk ayam (ganti dengan sup bunjut)
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

cara :

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.




copy n paste dengan sedikit edit dari fb Memasak dalam 30 minit.