Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Rabu, 11 Julai 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA KE 22 SMK TAN SRI MOHAMED YAAKOB

11 JULAI 2012 bertempat di padang SMK Tan Sri Mohamed Yaakob telah diadakan dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Kejohanan telah bermula dari hari Isnin 9 Julai 2012 yang melibatkan acara saringan. Hari kedua dimulai dengan Senamrobik 1Malaysia dan disusuli pula raptai perbarisan. Selesai raptai, kejohanan hari kedua diteruskan dengan acara padang. Hari ketiga kejohanan iaitu hari ini, dimulakan dengan acara balapan akhir. Jam 10.00 pagi majlis perasmian kejohanan bermula. Selepas majlis perasmian, acara balapan akhir diteruskan. Kejohanan ditutup dengan majlis penyampaian hadiah untuk semua pemenang. Juara keseluruhan kejohanan tahun ini jatuh kepada Rumah Hijau. Juara Perbarisan Rumah Oren. Manakala bagi Khemah terbaik dan Maskot terbaik telah dibolot oleh Rumah Ungu.













 Juara perbarisan : Rumah Oren
 Maskot pepatung
 Diseri oleh flower girls....
 pengadil khemah
 rumah hijau
 rumah merah : khemah nombor 3
 rumah ungu : khemah no 1
 rumah oren : Khemah no 2
 posing jap.....
 
 bergambar kenangan dengan kemenangan perbarisan terbaik dan khemah ke 2
Dalam kejohanan olahraga, rumah oren tempat pertama dari bawah......
Tak pe, janji boleh hadiah...........

Pesan Umi :
Kita mestilah sentiasa menggunakan ruang dan peluang yang ada disekitar kita untuk meraih kejayaan. 
Baik kejayaan dunia mahupun akhirat. Yang penting, sentiasa semat di fikiran. 
Segala yang kita lakukan di dunia akan ditanya di akhirat kelak.
Tak guna jika kita gembira dan ketawa dengan kejayaan di dunia
 tetapi sedih dan meraung bila berada di mahkamah Allah....... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan