Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 13 Jun 2015

PEMAKANAN SUNNAH. MARI KEMBALI KEPADA FITRAH.



KAPSUL MINYAK ZAITUN


KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun membantu
·         Masalah penghadaman
·         Penyerap kalsium dan khasiat makanan
·         Menstabilkan tekanan darah
·         Mengawal gula dalam darah

Minyak zaitun amat baik bagi :
·         Artritis, Obesiti,
·         Sakit tua, masalah jantung
·         Sistem imunisasi,
·         Perkembangan janin, Ibu menyusukan anak
·         Kaya dengan antioksidan
·         Menjadi perasa makanan

Minyak zaitun mencegah :
·         Tumor, Fibroid, Kanser
·         Sembelit, Batu karang, Diabetes
·         Senggugut, kitaran haid tidak menentu Hilang ingatan, Pereputan tulang
·         Serangan jantung. Pembekuan darah
·         Penyerapan kolestrol




KAPSUL MINYAK HABBATUS SAUDA'


Khasiat minyak habbatus sauda :

- Mencegah / mengubati diabetes mellitus (kencing manis)
- Awet muda
- Menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah
- Agen antiosteopososis / tulang rapuh
- Mencegah sakit jantung koronari



KAPSUL MINYAK APRIKOT



Khasiat minyak aprikot 

  • merawat & membunuh kanser terutama kanser prostat dan payudara
  • merawat penyakit kencing manis
  • merawat penyakit jantung dan gout
  • anti penuaan
  • mengurangkan risiko penyakit parkinson
  • mengurangkan berat badan di samping membekalkan tenaga tambahan dan membersihkan toksin dalam badan
  • melancarkan sistem penghadaman
  • melancarkan sistem peredaran darah : membantu untuk melegakan pembekuan darah
  • menurunkan kolestrol dalam darah
  • mengubati anemia-terdapat kandungan zat besi yang tinggi dapat meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah
  • mengurangkan keradangan : terdapat ciri-ciri anti radang iaitu kandungan vitamin c yang tinggi  yang turut membantu masalah asma, sakit tekak, batuk dan semput
  • pengurangan risiko mati pucuk
  • pemakanan tambahan bagi wanita hamil
  • kandungannya yang tinggi dengan niasin, asid folik, kalium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  • mengurangkan kekejangan dan masalah sukar tidur
  • meningkatkan aliran darah kepada bayi yang mengurangkan risiko daripada berlaku kerosakan otak pada bayi 
·        

KAPSUL MINYAK DELIMA



Khasiat minyak delima

  • menjana semula sel-sel kulit
  • melindungi daripada cahaya matahari
  • memperlahan proses penuaan
  • menghasilkan elastin dan kolagen bagi kulit yang sihat
  • mempunyai struktur molekul yang dapat menembusi lapisan kulit untuk memberi kelembapan 
  • menghilangkan radikal bebas dari badan
  • bertindak sebagai pencair darah dan membantu membuang plak daripada arteri
  • membantu kolestrol LDL dan meningkatkan HDL bagi kesihatan jantung
  • mengandungi anti oksidan yang berkesan melawan kanser
  • meningkat kuanliti tulang
  • membantu merembeskan enzim dengan ciri-ciri anti bakteria yang membantu masalah penghadaman
  • meningkatkan selera makan



*****************************************************************************

JIKA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SUNNAH YANG BERKUALITI DIIMPOT DARIPADA TURKI DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.

JUALAN BORONG ATAU RUNCIT.

SILA SMS @ WHAT'S UP :  019 9257997 (CIKGU WAN)
                                                 013 9279919 (USTZ HUSLIN)

                                                 TANAH MERAH KELANTAN


******************************************************************************



Isnin, 1 Jun 2015

SEBAB-SEBAB UMAT ISLAM DIWAJIBKAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Kenapa Perlu Berpuasa???
Persoalan seperti ini sering timbul, baik bagi mereka yang baru berpuasa untuk pertama kalinya atau bagi mereka yang baru memeluk Islam ataupun bagi mereka yang dah biasa berpuasa tetapi tidak memahami kenapa Allah swt mewajibkan kita berpuasa di bulan ramadhan.
                                                                                                                                    
Sebab kita diwajibkan berpuasa ialah :

1.      Untuk Meningkatkan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t

Pengertian TAKWA menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah takwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: 
·         Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah).                                    
Firman Allah Taala dalam surah al baqarah ayat 281 yang bermaksud : Dan bertakwalah (takutilah) pada suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah...
·         Kedua, bermakna taat.                                                                                    
Firman Allah dalam surah al Imran ayat 102 yang maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebenar-benar takwa (taat)... 
·         Ketiga, bermaksud, menyucikan hati daripada dosa.                                       
Dalam firman Allah dalam surah an Nur ayat 52 yang mafhumnya: Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya,serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. 
     
Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Seumpama berpantang bagi orang yang menghidap penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". Oleh itu, Maksud Takwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya
Contoh-contoh TAKWA yang terdapat dalam surah Al Baqarah Ayat 177
·         Beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab suci dan nabi-nabi
·         Melaksanakan solat dengan sempurna dan ikhlas keranaNya
·         Bersedekah dengan Ikhlas
·         Bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara anak isteri kerana Allah
·         Menepati janji 
·         Sabar menghadapi sebarang musibah
Allah s.w.t menyebut dalam firmanNya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah : 183)

Oleh itu, Puasa adalah suatu jalan untuk kita menahan diri daripada godaan dan pujukan nafsu yang membuta lagi menyesatkan. Kerana itulah dalam Islam puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, malah perkara-perkara yang membatalkan puasa itu sendiri. 

2.      Melatih Diri Bersabar
Allah menjadikan puasa sebagai medan tarbiah dan ujian buat hambaNya. Dalam bulan ini kesabaran kita akan teruji. Ujian utama itu adalah menahan lapar dan dahaga.
Ujian lain adalah ujian mengawal nafsu dalam diri dan ujian untuk kita beribadah, sama ada ibadah kita bertambah baik atau  sama seperti bulan lain atau lebih teruk daripada sebelum ramadhan, Nauzubillah.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar" (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi)

           Allah juga telah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10 yang bermaksud :
          "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan
            pahala mereka dengan tidak terkira"

      Dalam puasa, tahap kesabaran itu terbahagi kepada 3 cabang :
Pertama adalah sabar dalam mengerjakan ketaatan dan ibadah. Sabar ini bermaksud kita bersabar dalammelaksanakan perintah Allah s.w.t seperti solat. Sudahlah diuji dengan lapar dan dahaga, kita sabar pula dengan solat, kita berzikir, membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat yang lainnnya. Kesabaran dalam ibadah adalah permulaan untuk membentuk jiwa dan rohani yang kuat dan mantap. 
Kedua ialah sabar dalam melakukan maksiat. Ia bermaksud kita sedaya upaya menahan diri daripada melakukan maksiat ketika berpuasa dengan tujuan nafsu yang degil itu dapat di didik dengan baik. Kerana itulah Islam menggalakkan puasa, kerana puasa dapat mendidik nafsu. 
Ketiga ialah sabar dalam ujian seperti sabar dengan kesusahan sepanjang ramadhan. Jika kebiasaan dapat tidur nyenyak dan cukup, tibanya ramadhan perlu bangun sahur di awal pagi, sebelum subuh pula. Kebiasaannya di siang hari ada sarapan, makan tengah hari dan minum, di bulan Ramadhan tidak dapat semua itu. Itulah kesabaran dalam ujian dari Allah.

3.       Membentuk Akhlak Mulia
Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam berlumba-lumba beribadah, membuat kebajikan dan kebaikan. Bukan untuk menunjuk amal namun kerana Allah akan memberi ganjaran setiap amalan itu dilipatkan berkali ganda daripada biasa.
Di samping itu juga sepanjang bulan Ramadhan, Islam menekankan umat islam supaya rajin bersedekah, menahan sabar, berlaku lemah lembut dan menjauhi sifat-sifat yang kasar kepada orang lain.

4.      Sihat Tubuh Badan
Kesihatan tubuh badan adalah nikmat yang sangat besar buat manusia. Dengan berpuasa, sistem tubuh badan kita akan lebih terurus dan teratur  berbanding tidak berpuasa. Sistem tubuh ini melibatkan keseluruhan tubuh sama ada darah, organ dan urat saraf serta yang lainnya.
Apabila kita berpuasa, perut akan menjadi kosong dengan makanan. Mengosongkan perut bererti kita menyucikan perut daripada bermacam jenis makanan yang kita makan sejak bulan syawal yang lepas. Kita boleh umpamakannya seperti "membasuh" kotoran dalam perut dan hasilnya darah menjadi bersih dan stabil tekanannya, sistem pencernaan lancar dan sebagainya. 

      Hal ini telah disebut oleh Syaikh Najib al-Kailaani dalam kitabnya berjudul Ash-Shaum wash-Shihhah (Puasa dan Kesihatan)
          "Perhatikan pula bahawa denyutan jantung yang normal ialah 70-80 kali seminit.  Adapun ketika berpuasa, darah mengalir ke rusuk akan berkurangan. Dengan demikian denyutannya akan menurun sehingga 60 kali seminit. Ini bererti ia memberi kesempatan kepada jantung untuk beristirehat dan meringankan bebannya. Ini amat penting bagai seseorang berusia lanjut (tua), penghidap penyakit hati dan penderita hipertensi (tekanan darah tinggi)."



5. Mengurangkan Syahwat

Nafsu dan syahwat adalah sesuatu yang diberikan Allah swt kepada manusia. Semua dari kita sedar akan bahayanya rangsangan syahwat. Syahwat adalah salah satu senjata utama syaitan untuk membinasakan dan menyesatkan anak Adam.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam sabdanya yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemudi sekalian! Barang siapa diantara kamu mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangannya, lebih menjaga dan memelihara kemaluannya (kehormatannya), dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa baginya sebagai Khisha' (dapat menahan nafsu syahwat)" 
(Hadiht riwayat Bukhari :878, Muslim : 794, at-Tirmizi : 1081, dan an-Nasaai : 3210)

6.      Mendisiplinkan Diri
        Jika kita menghayati Ramadhan dengan baik, Allah swt mendidik kita untuk "mendisiplinkan diri". Bermula daripada sahur, kita dikehendaki bangun di awal pagi sedang orang lain nyenyak diulit mimpi. Kemudian di siang harinya menahan diri dari makan dan minum serta sebarang perkara yang boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala puasa. Menjaga ibadah yang wajib dan menambah ibadah sunat yang sebelum ini kita jarang sekali mendirikannya.
        Hadirnya bulan Ramadhan kita terpanggil untuk solat terawih, menderma, berzakat, memberi makanan, menjaga pandangan, menjaga lidah dan sebagainya. Jika di bulan lain agak sukar melatih diri, maka Allah swt hadirkan Ramadhan untuk kita mentarbiah dan melatih diri menjadi lebih berdisiplin. Mudah-mudahan dengan "kem motivasi" selama sebulan ini membuatkan kita terus berjaya di bulan selepas Ramadhan hinggalah sampai ke Ramadhan yang akan datang.  

7.    Menyatukan semua umat Islam
Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Semua golongan Islam, sama ada kaya atau miskin diwajibkan  berpuasa. Semua terpaksa menempuh ujian yang sama. Rasa lapar dan dahaga melahirkan keinsafan terhadap penderitaan orang lain. Ini menimbulkan perasaan bertimbang rasa dan saling mengasihi sesama umat Islam.
Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah akan  mendorong orang kaya untuk bersedekah, hidup secara sederhana dan ingin membantu orang yang kurang mampu. Bagi orang miskin yang menerima bantuan akan mengikis perasaan iri hati dan menghadirkan rasa kesyukuran terhadap Allah.


Sebagai penutup, marilah sama-sama renungkan. Jika kita membeli barang dan berlaku kerosakan padanya, pasti kita akan merujuk ke pusat servis jenama berkenaan. Tak mungkin kita membeli kereta perodua dan menghantar servis ke proton. Maksudnya hanya yang mengeluarkan barang tersebut yang mengetahui kelemahan dan cara membaiki kerosakkannya. Begitulah kita sebagai hamba ciptaan Allah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu perintah dan larangan yang diberikan kepada manusia. Ilmu manusia sedikit sekali. Semuanya itu ujian bagi kita. Ujian untuk menundukkan nafsu kita, ujian untuk berakhlak kepada Pencipta diri kita dan ujian untuk memberi apa yang kita punya. 

Dalam satu hadis yang maksudnya :
Didirikan Islam itu atas lima sendi. Mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan mengakui bahawa nabi Muhamad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke baitullah. (hadis riwayat bukhari dan muslim)

Sesungguhnya puasa adalah ibadat yang sangat tinggi nilainya. Apabila kita berpuasa di bulan Ramadhan bererti kita telah melengkapkan diri kita sebagai seorang Islam. Sia-sialah jika kita mengaku beragama Islam, solat tapi tidak berpuasa.
Semoga Ramadhan tahun ini memberi kesedaran agar BERPUASA betul agar lulus ujian.