Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA KE 22 SMK TAN SRI MOHAMED YAAKOB

11 JULAI 2012 bertempat di padang SMK Tan Sri Mohamed Yaakob telah diadakan dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. Kejohanan telah bermula dari hari Isnin 9 Julai 2012 yang melibatkan acara saringan. Hari kedua dimulai dengan Senamrobik 1Malaysia dan disusuli pula raptai perbarisan. Selesai raptai, kejohanan hari kedua diteruskan dengan acara padang. Hari ketiga kejohanan iaitu hari ini, dimulakan dengan acara balapan akhir. Jam 10.00 pagi majlis perasmian kejohanan bermula. Selepas majlis perasmian, acara balapan akhir diteruskan. Kejohanan ditutup dengan majlis penyampaian hadiah untuk semua pemenang. Juara keseluruhan kejohanan tahun ini jatuh kepada Rumah Hijau. Juara Perbarisan Rumah Oren. Manakala bagi Khemah terbaik dan Maskot terbaik telah dibolot oleh Rumah Ungu.













 Juara perbarisan : Rumah Oren
 Maskot pepatung
 Diseri oleh flower girls....
 pengadil khemah
 rumah hijau
 rumah merah : khemah nombor 3
 rumah ungu : khemah no 1
 rumah oren : Khemah no 2
 posing jap.....
 
 bergambar kenangan dengan kemenangan perbarisan terbaik dan khemah ke 2
Dalam kejohanan olahraga, rumah oren tempat pertama dari bawah......
Tak pe, janji boleh hadiah...........

Pesan Umi :
Kita mestilah sentiasa menggunakan ruang dan peluang yang ada disekitar kita untuk meraih kejayaan. 
Baik kejayaan dunia mahupun akhirat. Yang penting, sentiasa semat di fikiran. 
Segala yang kita lakukan di dunia akan ditanya di akhirat kelak.
Tak guna jika kita gembira dan ketawa dengan kejayaan di dunia
 tetapi sedih dan meraung bila berada di mahkamah Allah....... 


Selasa, 10 Julai 2012

JOM POSING,,,,,

BILA 3 U (UMI, USTAZAH & ULTRAWOMAN) BERPOSING......

Mari k.ros, kita pukul gamba........
 isyyyy  kerusi tak de la k.ros
 ngesot sikt zae
 tak bes.... nak gamba kita aje....
 get ready...
 kontrol sikit......
 skali lagi......
 baru comey......

kata Umi : .
 Ya  Allah, berkatilah diriku dan sahabat-sahabatku. Kurniakanlah kami rahmat dan keredaanMu. Lindungilah kami dari pada kejahatan dunia.
Dan Semoga persahabatan dan persaudaraan kami terjalin akrab dan berpanjangan.
Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn.................

Sabtu, 7 Januari 2012

Kota-Kota Terbaik untuk Tempat Tinggal

 
Berdasarkan Mercer 2011 Quality of Living Survey, berikut ini adalah kota-kota yang kualiti hidup terbaik di Asia Pasifik.
Singapore
Lima kota terbaik diungguli oleh kota-kota di Australia. Kota Sydney di tempat kedua (tempat ke 11 peringkat dunia), Melbourne  ke empat  (tempat ke 18 dunia), dan tempat kelima Perth (tempat ke 21dunia)  
Meskipun demikian, kota di kedudukan teratas di Asia Pasifik adalah Auckland (tempat ke 3 dunia) di  New Zealand . Kota lain di New Zealand yang masuk kedudukan lima terbaik di Asia Pasifik adalah Wellington (tempat ke 13 dunia).
Kota-kota yang berada di urutan berikutnya adalah Singapura (tempat ke 25 dunia), Tokyo (tempat ke 46 dunia), Hongkong (tempat ke 70 dunia), Kuala Lumpur (tempat ke 76 dunia), Seoul (tempat ke 80 dunia), dan Taipei (tempat ke 85 dunia).
Untuk jelasnya, berikut ini 11 kota terbaik di Asia Pasifik:
  1. Auckland,
  2. Sydney,
  3. Wellington,
  4. Melbourne,
  5. Perth,
  6. Singapura,
  7. Tokyo,
  8. Hongkong,
  9. Kuala Lumpur,
  10. Seoul, dan
  11. Taipei.
Singapura berada di kedudukan ke 8 sebagai KOTA KEAMANAN terbaik di dunia, diikuti oleh Auckland dan Wellington di kedudukan ke 9. Canberra, Perth, Melbourne, dan Sydney bersama-sama di kedudukan ke 25. Tokyo, Kobe, Nagoya, Osaka dan Yokohama berada di kedudukan 31.
“Australia, New Zealand, dan Singapura berada di kedudukan teratas kerana  menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan awam yang terbaik ” jelas Slagin Parakatil, penyelidik Mercer.
Walaupun kota-kota di atas, terbaik sebagai tempat tinggal terdapat beberapa kota Asia terdaftar di kedudukan bawah bagi kategori KOTA KEAMANAN. “Sebahagian besar disebabkan ketidakstabilan sosial, politik, bencana alam, dan kemudahan infrastruktur yang belum mencukupi. " kata Parakatil.