Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 28 Julai 2018

Bicara hadis : Perbezaan Orang cerdik dengan orang yang mahir




Rasulullah saw menerangkan ciri-ciri orang yang cerdik :

الْكَيّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ، وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمنّى عَلَى الله
Maksud hadis : 
Orang yang cerdik adalah yang memuhasabah dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan (mengharap-harap terhadap Allah.
[HR Ahmad, Ibnu Majjah, Al-Hakim dan at-Turmudzi, dia berkata, "Hadits ini adalah hadits hasan’]

    Sedangkan orang yang mahir adalah orang yang selalu buat suatu perkara itu dengan berulang-ulang dan penuh konsisten. Sama seperti kemahiran haiwan seperti kehebatan burung helang menangkap ikan di dalam air dengan cakarnya sahaja atau kecekapan monyet memanjat pokok dengan lincah, 

               





    

Ada manusia yang dikurniakan otak yang cerdas, kurang cerdas, yang lembab dan ada yang sangat lembab, Semua itu ujian bagi kita. Adakah kita bermegah dan menghina orang lain kerana kelebihan yang kita ada? Secerdas dan secerdik mana pun kita, itu semua kurniaan dari Allah Ta'ala yang bila-bila masa boleh ditarik balik.


Persolannya  Adakah Anda Mahu jadi orang cerdik atau mahir atau kedua-duanya??????

    Sebaik-baiknya kita menjadi orang yang cerdik lagi mahir, kerana kemahiran juga penting untuk menguatkan umat. Cerdik dan mahir, semuanya bermula dengan ilmu. Belajar, berdoa pada Allah dan tawakkal padaNya, insyaAllah kita akan dapat kedua-duanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan