Bicara hadis : TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN
|
HADIS 1 :
TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI
AKHIR ZAMAN
Maksud daripada hadis rasulullah :
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a.
berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat
yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu
kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir
sekali maka berilah pesanan kepada kami."
Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan
kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat
(kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan
melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh
dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan
yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah
perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya
tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)
KETERANGAN :
Hadis di atas adalah pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Pesanan rasulullah agar
kita :
1) Bertakwa dengan mengerjakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
2) Mentaati pemerintah selama mereka
berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar
Rasyidin
3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi
saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin
4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah
dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam
yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil
(petikan artikel www.relaksminda.com)
|
Ilmu + iman = akhlak mahmudah
Sabtu, 28 Julai 2018
HADIS 1 : TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan