Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 28 Julai 2018

HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM


Bicara hadis :  TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN 

 

HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Maksud daripada hadis rasulullah :

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

Keterangan:


Keadaan umat Islam hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Walaupun Umat Islam 1/5 daripada penduduk dunia tetapi mereka selalu dipersendakan bangsa-bangsa lain.

Umat Islam ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca penyakit “wahan” iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”.

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.





(petikan artikel www.rel(paksminda.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan