Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan

Isnin, 1 Jun 2015

SEBAB-SEBAB UMAT ISLAM DIWAJIBKAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Kenapa Perlu Berpuasa???
Persoalan seperti ini sering timbul, baik bagi mereka yang baru berpuasa untuk pertama kalinya atau bagi mereka yang baru memeluk Islam ataupun bagi mereka yang dah biasa berpuasa tetapi tidak memahami kenapa Allah swt mewajibkan kita berpuasa di bulan ramadhan.
                                                                                                                                    
Sebab kita diwajibkan berpuasa ialah :

1.      Untuk Meningkatkan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t

Pengertian TAKWA menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah takwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: 
·         Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah).                                    
Firman Allah Taala dalam surah al baqarah ayat 281 yang bermaksud : Dan bertakwalah (takutilah) pada suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah...
·         Kedua, bermakna taat.                                                                                    
Firman Allah dalam surah al Imran ayat 102 yang maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebenar-benar takwa (taat)... 
·         Ketiga, bermaksud, menyucikan hati daripada dosa.                                       
Dalam firman Allah dalam surah an Nur ayat 52 yang mafhumnya: Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya,serta takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. 
     
Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Seumpama berpantang bagi orang yang menghidap penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". Oleh itu, Maksud Takwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya
Contoh-contoh TAKWA yang terdapat dalam surah Al Baqarah Ayat 177
·         Beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab suci dan nabi-nabi
·         Melaksanakan solat dengan sempurna dan ikhlas keranaNya
·         Bersedekah dengan Ikhlas
·         Bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara anak isteri kerana Allah
·         Menepati janji 
·         Sabar menghadapi sebarang musibah
Allah s.w.t menyebut dalam firmanNya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah : 183)

Oleh itu, Puasa adalah suatu jalan untuk kita menahan diri daripada godaan dan pujukan nafsu yang membuta lagi menyesatkan. Kerana itulah dalam Islam puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, malah perkara-perkara yang membatalkan puasa itu sendiri. 

2.      Melatih Diri Bersabar
Allah menjadikan puasa sebagai medan tarbiah dan ujian buat hambaNya. Dalam bulan ini kesabaran kita akan teruji. Ujian utama itu adalah menahan lapar dan dahaga.
Ujian lain adalah ujian mengawal nafsu dalam diri dan ujian untuk kita beribadah, sama ada ibadah kita bertambah baik atau  sama seperti bulan lain atau lebih teruk daripada sebelum ramadhan, Nauzubillah.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar" (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi)

           Allah juga telah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 10 yang bermaksud :
          "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan
            pahala mereka dengan tidak terkira"

      Dalam puasa, tahap kesabaran itu terbahagi kepada 3 cabang :
Pertama adalah sabar dalam mengerjakan ketaatan dan ibadah. Sabar ini bermaksud kita bersabar dalammelaksanakan perintah Allah s.w.t seperti solat. Sudahlah diuji dengan lapar dan dahaga, kita sabar pula dengan solat, kita berzikir, membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat yang lainnnya. Kesabaran dalam ibadah adalah permulaan untuk membentuk jiwa dan rohani yang kuat dan mantap. 
Kedua ialah sabar dalam melakukan maksiat. Ia bermaksud kita sedaya upaya menahan diri daripada melakukan maksiat ketika berpuasa dengan tujuan nafsu yang degil itu dapat di didik dengan baik. Kerana itulah Islam menggalakkan puasa, kerana puasa dapat mendidik nafsu. 
Ketiga ialah sabar dalam ujian seperti sabar dengan kesusahan sepanjang ramadhan. Jika kebiasaan dapat tidur nyenyak dan cukup, tibanya ramadhan perlu bangun sahur di awal pagi, sebelum subuh pula. Kebiasaannya di siang hari ada sarapan, makan tengah hari dan minum, di bulan Ramadhan tidak dapat semua itu. Itulah kesabaran dalam ujian dari Allah.

3.       Membentuk Akhlak Mulia
Ramadhan adalah bulan untuk umat Islam berlumba-lumba beribadah, membuat kebajikan dan kebaikan. Bukan untuk menunjuk amal namun kerana Allah akan memberi ganjaran setiap amalan itu dilipatkan berkali ganda daripada biasa.
Di samping itu juga sepanjang bulan Ramadhan, Islam menekankan umat islam supaya rajin bersedekah, menahan sabar, berlaku lemah lembut dan menjauhi sifat-sifat yang kasar kepada orang lain.

4.      Sihat Tubuh Badan
Kesihatan tubuh badan adalah nikmat yang sangat besar buat manusia. Dengan berpuasa, sistem tubuh badan kita akan lebih terurus dan teratur  berbanding tidak berpuasa. Sistem tubuh ini melibatkan keseluruhan tubuh sama ada darah, organ dan urat saraf serta yang lainnya.
Apabila kita berpuasa, perut akan menjadi kosong dengan makanan. Mengosongkan perut bererti kita menyucikan perut daripada bermacam jenis makanan yang kita makan sejak bulan syawal yang lepas. Kita boleh umpamakannya seperti "membasuh" kotoran dalam perut dan hasilnya darah menjadi bersih dan stabil tekanannya, sistem pencernaan lancar dan sebagainya. 

      Hal ini telah disebut oleh Syaikh Najib al-Kailaani dalam kitabnya berjudul Ash-Shaum wash-Shihhah (Puasa dan Kesihatan)
          "Perhatikan pula bahawa denyutan jantung yang normal ialah 70-80 kali seminit.  Adapun ketika berpuasa, darah mengalir ke rusuk akan berkurangan. Dengan demikian denyutannya akan menurun sehingga 60 kali seminit. Ini bererti ia memberi kesempatan kepada jantung untuk beristirehat dan meringankan bebannya. Ini amat penting bagai seseorang berusia lanjut (tua), penghidap penyakit hati dan penderita hipertensi (tekanan darah tinggi)."



5. Mengurangkan Syahwat

Nafsu dan syahwat adalah sesuatu yang diberikan Allah swt kepada manusia. Semua dari kita sedar akan bahayanya rangsangan syahwat. Syahwat adalah salah satu senjata utama syaitan untuk membinasakan dan menyesatkan anak Adam.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w pernah berpesan dalam sabdanya yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemudi sekalian! Barang siapa diantara kamu mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menundukkan pandangannya, lebih menjaga dan memelihara kemaluannya (kehormatannya), dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa baginya sebagai Khisha' (dapat menahan nafsu syahwat)" 
(Hadiht riwayat Bukhari :878, Muslim : 794, at-Tirmizi : 1081, dan an-Nasaai : 3210)

6.      Mendisiplinkan Diri
        Jika kita menghayati Ramadhan dengan baik, Allah swt mendidik kita untuk "mendisiplinkan diri". Bermula daripada sahur, kita dikehendaki bangun di awal pagi sedang orang lain nyenyak diulit mimpi. Kemudian di siang harinya menahan diri dari makan dan minum serta sebarang perkara yang boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala puasa. Menjaga ibadah yang wajib dan menambah ibadah sunat yang sebelum ini kita jarang sekali mendirikannya.
        Hadirnya bulan Ramadhan kita terpanggil untuk solat terawih, menderma, berzakat, memberi makanan, menjaga pandangan, menjaga lidah dan sebagainya. Jika di bulan lain agak sukar melatih diri, maka Allah swt hadirkan Ramadhan untuk kita mentarbiah dan melatih diri menjadi lebih berdisiplin. Mudah-mudahan dengan "kem motivasi" selama sebulan ini membuatkan kita terus berjaya di bulan selepas Ramadhan hinggalah sampai ke Ramadhan yang akan datang.  

7.    Menyatukan semua umat Islam
Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Semua golongan Islam, sama ada kaya atau miskin diwajibkan  berpuasa. Semua terpaksa menempuh ujian yang sama. Rasa lapar dan dahaga melahirkan keinsafan terhadap penderitaan orang lain. Ini menimbulkan perasaan bertimbang rasa dan saling mengasihi sesama umat Islam.
Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah akan  mendorong orang kaya untuk bersedekah, hidup secara sederhana dan ingin membantu orang yang kurang mampu. Bagi orang miskin yang menerima bantuan akan mengikis perasaan iri hati dan menghadirkan rasa kesyukuran terhadap Allah.


Sebagai penutup, marilah sama-sama renungkan. Jika kita membeli barang dan berlaku kerosakan padanya, pasti kita akan merujuk ke pusat servis jenama berkenaan. Tak mungkin kita membeli kereta perodua dan menghantar servis ke proton. Maksudnya hanya yang mengeluarkan barang tersebut yang mengetahui kelemahan dan cara membaiki kerosakkannya. Begitulah kita sebagai hamba ciptaan Allah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu perintah dan larangan yang diberikan kepada manusia. Ilmu manusia sedikit sekali. Semuanya itu ujian bagi kita. Ujian untuk menundukkan nafsu kita, ujian untuk berakhlak kepada Pencipta diri kita dan ujian untuk memberi apa yang kita punya. 

Dalam satu hadis yang maksudnya :
Didirikan Islam itu atas lima sendi. Mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan mengakui bahawa nabi Muhamad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke baitullah. (hadis riwayat bukhari dan muslim)

Sesungguhnya puasa adalah ibadat yang sangat tinggi nilainya. Apabila kita berpuasa di bulan Ramadhan bererti kita telah melengkapkan diri kita sebagai seorang Islam. Sia-sialah jika kita mengaku beragama Islam, solat tapi tidak berpuasa.
Semoga Ramadhan tahun ini memberi kesedaran agar BERPUASA betul agar lulus ujian.


Jumaat, 28 September 2012

PENGISIAN BORANG AKUAN CALON PMR 2012

Tarikh : 26/9/2012
Tempat : Dataran Ilmu SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Batu Gajah Tanah Merah Kelantan
Sasaran : Semua calon PMR 2012

borang akuan calon pmr


taklimat oleh PK1 : En. Mazlan Yaacob
antara guru tingkatan 3 yang hadir




baca borang sebelum tandatangan




pesanan terakhir PK1 ; hantar borang hari ini juga.....

bersama anakanda 3 tek2 ....
PESAN UMI  : Bila dah tandatangan borang tu, sepatutnya anak-anak didikku semua tahu dan bersedia untuk menghadapi PMR yang hampir tiba. Alangkah baiknya sekiranya anda semua amat-amat bersedia sebelum melangkah masuk dewan periksa nanti. Sama tamsilannya seperti kehidupan kita di dunia. Kita semua telah menandatangani ikrar taat kepada Allah dan kasihkan rasul sebelum ditiupkan roh kita ke rahim bonda. Adakah kita bersedia menghadapi ujian Allah di Mahsyar kelak?????

KEM GARAP A PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh : 8/9/2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Makan Asrama SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Batu Gajah Tanah Merah Kelantan
Sasaran : 270 orang calon PMR 2012
Pemudahcara : Ustz. Huslin bt Husain
Fasilitator : 9 orang guru Pendidikan Islam

ustazah pemudahcara. membimbing cara belajar menggunakan buku MODUL A PENDIDIKAN ISLAM JPN Kelantan
 

sebahagian pelajar perempuan

guru kanan sains sosial turut sama menjadi fasi. Ustz. Normarjan Hussin

bersama Ustz. Radiah 

ketua panitia turut serta : Ustz. Norhayaty zakaria



sebahagian pelajar lelaki




makan setelah penat menelaah







Kata UMI FROM TOBEK : Anak-anak didik sekalian, kami hanya pemudahcara. Yang memudahkan ke jalan kejayaan adalah usaha anda sendiri. Berusahalah tanpa henti. Ingatlah anak-anak, setiap kali menatap buku niatkanlah untuk menambah ilmu. Kemudian bertawakallah kepada Allah swt. Semoga anda semua memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat......

Jumaat, 20 Julai 2012

KEM CAKNA SOLAT 2012

Kem Cakna Solat adalah program tahunan yang dianjurkan Badan Penghayatan Islam dengan kerjasama Bersama Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa Asrama SMK Tan Sri Mohamed Yaacob Tanah Merah Kelantan. Kem ini diadakan di asrama sekolah selama 2 hari iaitu bermula pada 19 Julai 2012 dan berakhir keesokkan harinya. Sasaran kem kali ini adalah para pelajar tingkatan satu.
Tujuan utama kem ini diadakan ialah untuk :

1. Melahirkan pelajar yang dapat menunaikan solat dengan sempurna
2. Melatih pelajar agar menjadikan solat sebagai amalan harian
3. Menjadikan solat sebagai benteng daripada gejala yang tidak bermoral
 Aturcara program disusun rapi dan turut melibatkan ibubapa yang dijemput hadir dalam majlis perasmian dan solat hajat.


1.30 petang
Pendaftaran peserta


Solat zohor berjemaah
2.00 petang
Makan tengahari

2.30 petang
Taklimat Program oleh Kem Komandan

3.00 petang
Bahagi bilik dan kumpulan

3.30 petang
LDK 1 : Kenali diri
5.00 petang
Solat asar
5.30 petang
Minum petang
Masuk bilik / urus diri
6.30 petang
Makan malam

7.00 malam
Bacaan Matsurat/ Pendaftaran ibubapa
Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat
Majlis perasmian

Solat Isyak berjemaah

9.00 malam

Ceramah slot 1 :
Konsep bersuci dalam Islam
10.30 malam
Tazkirah  Malam
11.00 malam
11.30 malam
Minum malam/ urus diri
Tidur

4.00 pagi

Urus diri
5.00 pagi
Qiamul lail / solat subuh
6.00 pagi
Ceramah slot  2 :
Kepentingan solat dalam kehidupan

7.30 pagi
Makan pagi
8.00 pagi

Ceramah slot 3 :
Ke arah kesempurnaan solat
9.30 pagi
LDK 2 : Bacaan dan amali solat
11.00 pagi
Pertandingan : Bacaan dan rukun solat

11.30 pagi
Majlis penutup dan penyampaian hadiah

12.00 t/hari
Minum rehat


Bersurai


LDK 1 : Kenali diri  

 tekun mendengar rakan memperkenal diri.....
 macam-macam kerenah dan gaya....

  peserta perempuan 
 malu-malu ya....

 nak bagitahu secret ke....
 nasihat guru-guru jangan lupa...

 Naqib qiamulail merangkap tazkirah subuh : Ustz. Nazri dari Darul Taubah.
 jamu selera dulu sebelum sambung program......
 semangat bertambah dengan adanya anak-anak
 menu sarapan pagi : nasi goreng cina dan buah jambu batu

 Sessi tayangan : Pengenalan ibadat solat oleh Ustz. Wan Rosmini Wan Mat.

 melihat dengan khusyuk
 dan rasa letih @ ngantuk......

 nampaknya peserta lelaki lebih bersemangat... 
 LDK 2 : Bacaan Solat 
 testing baca niat solat...
 termasuk bacaan iftitah, al fatihah dan 2 surah pilihan
 turut dinilai bacaan rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud
 jangan lupa juga bacaan tahiyat dan qunut
 kalau salah, fasi tak marah, hanya betulkan.....

 para fasi tekun mendengar

 fasi jemputan pelajar tingkatan 6 rendah

 fasi tambahan anakanda naufal dan ammar



 fasi peribadi
 anak-anak bukan penghalang fasi 


   berdebar tunggu giliran
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

 PENGERUSI MAJLIS : PN. ROSMAWATI MOHD NAWAWI

 BACAAN DOA : UST : MOHD. BAKRI MOHAMAD
 UCAPAN PENUTUP OLEH EN MAZLAN YAACOB, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN. TERIMA KASIH .....
 PENYAMPAIAN HADIAH 
 KATEGORI 1 : BACAAN SOLAT TERBAIK


 KATEGORI 2 : LDK TERBAIK
 TEMPAT KETIGA : KUMP 7
 TEMPAT KEDUA : KUMPULAN 8
JUARA LDK TERBAIK  KUMPULAN 1
 PESERTA TERBAIK LELAKI : MOHD FAHMI
 PESERTA TERBAIK PEREMPUAN : NORALISA
 CENDERHATI UNTUK PK 1 DAN UST MOHD BAKRI

KATA UMI :
semoga anak-anak peserta manfaatkan ilmu yang diperolehi selama kem ini.
Jangan tinggal solat dan sentiasa jauhi perkara yang boleh melalaikan anda daripada 
mengingati Allah swt. Walaupun letih menguruskan perjalanan kem ini,
tidaklah seletih jika terpaksa mengurus kalian yang mendatangkan masalah.
dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.......