Ibadah puasa termasuk rukun Islam yang menjadi perkara asas untuk
membina peribadi Muslim. Orang yang ingin pada Islam akan membuat pengakuan dan
kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."
Ibadah puasa adalah rukun Islam ketiga
selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia,
maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan
makan di siang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan
mata.
ALLAH mahu mendidik kita untuk susah,
berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan
mata. Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu
banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar.
Bila kita berpuasa bererti kita mengajak
diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan
kalau ini dilatih, dibiasakan selama sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa
untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana ALLAH.
Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.
Oleh: Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad
(petikan artikel daripada www.sabah.org.my http )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan