17 Kesalahan Yang Membatalkan Solat
SOLAT adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada
akhirat nanti. Jika solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan
begitu sebaliknya. Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya.
Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat
adalah:
1.
Meninggalkan Solat.
Hal ini adalah suatu
kekufuran berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Itjimak . Allah berfirman bermaksud:
"Apakah
yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "
( Kerana ) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." ( Surah Al-Muddatstsir, ayat 4 ). Rasulullah
SAW bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang
siapa meninggalkannya maka dia kafir." ( Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2.
Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya
solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (
Surah an-Nisa, ayat 103 ). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang
dibolehkan syarak adalah berdosa besar.
3.
Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah
wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda
Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak
memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis
riwayat Ibnu Majah). Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan)
kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka."
(Muttafaq Alaih).
4. Tiada
toma'ninah dalam solat.
Toma'ninah adalah rukun
solat dan tidak sah solat tanpanya.
Toma'ninah ertinya tenang
ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang
maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
5.
Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
6. Mendahului
atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan
solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai
dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai
dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7.
Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum
imam selesai dari salam kedua.
8.
Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke
kanan ketika solat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
9.
Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat
Hal ini membatalkan solat
kerana menutup aurat adalah syarat sah
solat.
10.
Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi
wanita.
Kerana aurat wanita dalam
solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah
ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan
baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."
11.
Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: " Seandainya orang
yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti
(menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di
depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
12. Tidak
melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah
rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti
imam yang sedang rukuk.
13.
Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk
masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung
mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah
bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka
sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).
14. Melakukan
sesuatu yang melalaikan daripada solat
Seperti menonton
televisyen dan bersembang.
Allah berfirman,
maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu
melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka
mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).
15. Makruh
memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan
Seperti diriwayatkan Ibnu
Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi,
jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan
atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
16. Tidak
melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda: " Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat
perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
17. Tidak
memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Kami
diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau
mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan
dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)
C
Tiada ulasan:
Catat Ulasan