Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 7 Januari 2012

Kota-Kota Terbaik untuk Tempat Tinggal

 
Berdasarkan Mercer 2011 Quality of Living Survey, berikut ini adalah kota-kota yang kualiti hidup terbaik di Asia Pasifik.
Singapore
Lima kota terbaik diungguli oleh kota-kota di Australia. Kota Sydney di tempat kedua (tempat ke 11 peringkat dunia), Melbourne  ke empat  (tempat ke 18 dunia), dan tempat kelima Perth (tempat ke 21dunia)  
Meskipun demikian, kota di kedudukan teratas di Asia Pasifik adalah Auckland (tempat ke 3 dunia) di  New Zealand . Kota lain di New Zealand yang masuk kedudukan lima terbaik di Asia Pasifik adalah Wellington (tempat ke 13 dunia).
Kota-kota yang berada di urutan berikutnya adalah Singapura (tempat ke 25 dunia), Tokyo (tempat ke 46 dunia), Hongkong (tempat ke 70 dunia), Kuala Lumpur (tempat ke 76 dunia), Seoul (tempat ke 80 dunia), dan Taipei (tempat ke 85 dunia).
Untuk jelasnya, berikut ini 11 kota terbaik di Asia Pasifik:
  1. Auckland,
  2. Sydney,
  3. Wellington,
  4. Melbourne,
  5. Perth,
  6. Singapura,
  7. Tokyo,
  8. Hongkong,
  9. Kuala Lumpur,
  10. Seoul, dan
  11. Taipei.
Singapura berada di kedudukan ke 8 sebagai KOTA KEAMANAN terbaik di dunia, diikuti oleh Auckland dan Wellington di kedudukan ke 9. CanberraPerthMelbourne, dan Sydney bersama-sama di kedudukan ke 25. Tokyo, Kobe, Nagoya, Osaka dan Yokohama berada di kedudukan 31.
“Australia, New Zealand, dan Singapura berada di kedudukan teratas kerana  menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan awam yang terbaik ” jelas Slagin Parakatil, penyelidik Mercer.
Walaupun kota-kota di atas, terbaik sebagai tempat tinggal terdapat beberapa kota Asia terdaftar di kedudukan bawah bagi kategori KOTA KEAMANAN. “Sebahagian besar disebabkan ketidakstabilan sosial, politik, bencana alam, dan kemudahan infrastruktur yang belum mencukupi. " kata Parakatil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan