Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Jumaat, 6 Januari 2012

Permata yang semakin bersinar..........

Siti Fatimah Mukhtar 7 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!

 Siti Fatimah Mukhtar, 22 tahun berasal daripada Kelantan adalah pelajar cemerlang SPM 2006, memperolehi 18 A, termasuk 17 1A. Sekarang ini beliau sedang mengikuti jurusan perubatan di University of Nottingham, United Kingdom.
Siti Fatimah Mukhtar Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!



Siti Fatimah Mukhtar bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.

Siti Fatimah Mukhtar 3 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!


Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.





Siti Fatimah Mukhtar 2 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Siti Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat.   Siti Fatimah bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Siti Fatimah Mukhtar 4 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran
Inilah hasil daripada keluarga dan didikan yang diberkati Allah swt. Benih yang baik jika diletakkan di gurun pasirpun pasti akan hidup subur. Syabas kepada keluarga dan khususnya ibubapa Siti Fatimah. Sebagai ibubapa dan keluarga, contohilah keluarga ini. Dan bagi para pelajar terutama anak-anak yang akan menjejaki ilmu di luar negeri contohi Siti Fatimah!!!!!!!!!
........ Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan  kebaikan akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. (maksud surah al baqarah ayat 201)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan