Ilmu + iman = akhlak mahmudah

Sabtu, 28 Julai 2018

HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Bicara hadis
TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN 

      


HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Maksud daripada hadis rasulullah :

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata,
"(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan.
Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Riwayat Bukhari & Muslim)




Keterangan:

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orangorang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.




(petikan artikel www.relaksminda.com)

HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM


Bicara hadis :  TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN 

 

HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Maksud daripada hadis rasulullah :

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

Keterangan:


Keadaan umat Islam hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Walaupun Umat Islam 1/5 daripada penduduk dunia tetapi mereka selalu dipersendakan bangsa-bangsa lain.

Umat Islam ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca penyakit “wahan” iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”.

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.





(petikan artikel www.rel(paksminda.com)

HADIS 1 : TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Bicara hadis :  TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN




HADIS 1 : 

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Maksud daripada hadis rasulullah :

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."
Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

KETERANGAN :

Hadis di atas adalah pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. 

Pesanan rasulullah agar kita :

1)      Bertakwa dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
2)      Mentaati pemerintah selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin

3)      Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin

4)      Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil 



 (petikan artikel www.relaksminda.com)

Bicara hadis : Perbezaan Orang cerdik dengan orang yang mahir




Rasulullah saw menerangkan ciri-ciri orang yang cerdik :

الْكَيّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ، وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمنّى عَلَى الله
Maksud hadis : 
Orang yang cerdik adalah yang memuhasabah dirinya serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan (mengharap-harap terhadap Allah.
[HR Ahmad, Ibnu Majjah, Al-Hakim dan at-Turmudzi, dia berkata, "Hadits ini adalah hadits hasan’]

    Sedangkan orang yang mahir adalah orang yang selalu buat suatu perkara itu dengan berulang-ulang dan penuh konsisten. Sama seperti kemahiran haiwan seperti kehebatan burung helang menangkap ikan di dalam air dengan cakarnya sahaja atau kecekapan monyet memanjat pokok dengan lincah, 

               





    

Ada manusia yang dikurniakan otak yang cerdas, kurang cerdas, yang lembab dan ada yang sangat lembab, Semua itu ujian bagi kita. Adakah kita bermegah dan menghina orang lain kerana kelebihan yang kita ada? Secerdas dan secerdik mana pun kita, itu semua kurniaan dari Allah Ta'ala yang bila-bila masa boleh ditarik balik.


Persolannya  Adakah Anda Mahu jadi orang cerdik atau mahir atau kedua-duanya??????

    Sebaik-baiknya kita menjadi orang yang cerdik lagi mahir, kerana kemahiran juga penting untuk menguatkan umat. Cerdik dan mahir, semuanya bermula dengan ilmu. Belajar, berdoa pada Allah dan tawakkal padaNya, insyaAllah kita akan dapat kedua-duanya.





Bidang Fikh : KEPENTINGAN IBADAH PUASA




    Ibadah puasa termasuk  rukun Islam yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Orang yang ingin pada Islam akan membuat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

    Ibadah puasa adalah rukun Islam ketiga selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan di siang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata.

    ALLAH mahu mendidik kita untuk susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar.

    Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana ALLAH.

    Inilah jiwa yang tenang. Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. 

    Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."  

    Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.






Oleh:  Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad
(petikan artikel daripada www.sabah.org.my http )

Batasan Hubungan Laki-laki dan Perempuan

 

1.      Batasan Memandang dan Aurat
Islam memerintahkan agar orang beriman baik laki-laki maupun wanita menahan pandangannya untuk mengelakkan fitnah. Larangan ini didasarkan kepada ayat al-Qur’an. (surah an-Nur:30)

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Dan katakanlah kepada orang-orang yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui terhadap apa yang mereka lakukan

2.      Rasulullah saw juga melarang berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

قلَا يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا
Janganlah seorang di antara kalian berkhalwat dengan seorang wanita, karena yang ketiganya adalah syaitan (Tirmidzi dan Ahmad)

3.      Larangan bersentuhan kulit
Hal ini karena menyentuh lawan jenis yang bukan mahromnya merupakan salah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam.

عن مَعْقِلَ بن يَسَارٍ، يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ
Dari Ma’qil bin Yassar, ia berkata, “Rasulullah saw bersabda, “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”    (HR ath-Thabrani)

4.      Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal.  Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).

(petikan daripada blog soal jawab agama Islam)

Khamis, 12 Julai 2018

rumah abuya @ kg pasir tok kambing

BISMILLAHIRAHMAN NIRROHIM....

BERMULALAH REVONASI RUMAH PUSAKA ABUYA.
SEMOGA TERHINDAR DARIPADA MASALAH YANG BESAR....








November 2017



BALIK TOBEK

22 MAC 2018

ALHAMDULILLAH SELAMAT BERADA DI TOBEK. KAMPUNG HALAMANKU. TOBEK YANG BERADA DI KAMPUNG GUNUNG MESAH HULU, GOPENG, PERAK.

AKTIVITI MASAK MEMASAK BERSAMA ANAK-ANAK HUZIR.






AKTIVITI WAKTU MALAM. 

 ADA YANG SIAPKAN ASIGNMENT.


ADA YANG MAIN TEKA PENCURI.


ADA YANG MAIN GAME. 



MENIKMATI HUJAN DI PETANG HARI


TUNGGU NAK MAKAN....




GILIRAN ANAK BUJANG SEDIAKAN BREAKFAST,,,,,








SEMPAT DIKUNJUNGI OMAK @ UCI














ALHAMDULILLAH.... WALAUPUN HANYA 1 MALAM.